*

Selamat Datang ke Blogspot
Delegasi Akademik & Kepimpinan ke Jepun 2008
(Ikatan '08)

ikatan

Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Saturday, September 20, 2008

Perasmian Bilik Gerakan Ikatan '08

Mulai 20 September 2008, Ikatan '08 telah mempunyai sebuah bilik gerakan sendiri yang bertempat di bilik alatan sukan Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail. Mulai tarikh ini, segala gerak kerja program ikatan '08 akan diadakan di dalam bilik ini.

Sempena itu juga, jawatankuasa yang menjaga gerai jualan bazar Ramadhan pada hari tersebut telah mengadakan 1 majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan di dalam bilik gerakan tersebut sebagai tanda perasmian bilik gerakan Ikatan '08. Majlis ini dihadiri oleh Asfah Rizal, Tarmizi, Azri, Ridzuan, Huzaimi, Aini dan Khairunisa.

Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dalam usaha merapatkan lagi ukhuwah diantara ahli-ahli delegasi.

No comments: