Sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini, peserta Delegasi Akademik & Kepimpinan 2008 (Ikatan '08) telah membuka gerai di Bazar Ramadhan di Hadapan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. Jualan telah dimulakan pada 6 September 2008 dengan modal permulaan dikutip daripada setiap peserta delegasi sebanyak RM20 setiap seorang.
Pada hari pertama, 6 September 2008, sebanyak RM213.45 digunakan untuk membuat persiapan jualan. Pada hari pertama, jualan yang dilakukan hanyalah Air Bandung Cincau dan Air Jagung. Hasil jualan yang diperolehi pada hari tersebut adalah RM35.00.
Hari kedua, 7 September 2008, jumlah perbelanjaan adalah RM45.00 dengan menambah jenis jualan kepada Air Bandung Cincau, Air Jagung Cincau, Air Laici dan sedikit Kuih Ketayap(Kuih Gulung). Hasil jualan pada hari kedua meningkat kepada RM50.00.
Hari ketiga, 8 September 2008, RM56.50 dikeluarkan untuk membeli barang-barang keperluan dan hasil jualan pula adalah RM35.00. Pada hari ini, juadah yang dijual adalah Air Bandung Cincau, Laici dan 4 jenis kuih.
Hari keempat, 9 September 2008, hanya air yang dijual kerana berlaku salah faham diantara pihak delegasi dengan pihak pembekal. Sejumlah RM29.00 dikeluarkan dan hasil jualan pada hari ini adalah RM48.00.
Hari kelima, 10 September 2008, RM27.68 dikeluarkan untuk membeli barang-barang keperluan jualan dan hasil jualan yang diperolehi meningkat kepada RM49.00.
Hari keenam, 11 September 2008, hasil jualan terus meningkat kepada RM57.00 dengan perbelanjaan sebanyak RM110.80 dikeluarkan untuk membeli barangan keperluan untuk digunakan selama seminggu.
Setelah membuat pengiraan, purata kos bahan mentah yang digunakan setiap hari untuk membuat air ialah sekitar RM30.00.
Hari ketujuh, 12 September 2008, Pejabat Kolej Kediaman Tun Dr Ismail mengadakan majlis berbuka puasa sempena perpisahan dengan Dr Hussein bin Othman dan menyambut Dr Mustaffa bin Ibrahim sebagai pengetua baru Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. Oleh sebab itu, jualan gerai delegasi dihadkan kepada 2 jenis air sahaja iaitu bandung cincau dan laici. Jualan kuih tetap diteruskan. Walaupun majlis berbuka puasa diadakan di mana para pelajar diberi makanan percuma, ia tidak menjejaskan jualan gerai di mana semua air berjaya dijual cuma kuih sahaja yang tidak habis dijual. Jumlah jualan air pada hari ini ialah RM33.00 dan jualan kuih pula RM3.50 sahaja. Pada hari ini, hanya RM14.00 dibelanjakan untuk membeli barang-barang.
Hari kelapan, 13 September 2008, dengan berbekalkan semangat yang masih kental dijiwa setiap peserta delegasi, gerai tetap dibuka walaupun hari panas terik. Jualan pada hari ini meningkat sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu RM39.00 dengan jumlah perbelanjaan ialah RM14.00.
Hari kesembilan, 14 September 2008, cuaca agak menyebelahi kami dimana cuaca redup sepanjang petang dan hasil jualan juga telah memecahkan rekod-rekod sebelum ini dengan hasil jualan hari ini telah mencecah kepada RM58.00 dengan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan sebanyak RM17.40.
Hari kesepuluh, 15 September 2008, giliran Kolej Kediaman Tun Fatimah pula mengadakan majlis berbuka puasa. Namun, jualan tetap agak memberangsangkan walaupun hasil jualan sedikit menurun dibandingkan hari sebelumnya. Hasil jualan pada hari ini adalah RM47.00 dengan perbelanjaan sebanyak RM33.00.
Hari kesebelas, 16 September 2008, Hanya RM9.00 dikeluarkan dan hasil jualan adalah RM43.00 manakala pada hari kedua belas, 17 September 2008, RM74.25 dikeluarkan bagi membeli barang-barang mentah yang telah kehabisan stok dan hasil jualan pada hari tersebut adalah RM60.00 yang merupakan rekod baru jualan.
Kemaskini : 18 September 2008, 2.45 AM

No comments:
Post a Comment