*

Selamat Datang ke Blogspot
Delegasi Akademik & Kepimpinan ke Jepun 2008
(Ikatan '08)

ikatan

Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tuesday, August 12, 2008

LATAR BELAKANG

'Jauh perjalanan luas pengalaman'. Dari peribahasa inilah maka tercetusnya satu inisiatif untuk merealisasikan satu lembaran baru bagi melakukan anjakan paradigma yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Dasar pandang ke timur yang merangkumi pengkajian, penelitian, dan pemilihan terhadap contoh dan teladan yang terbaik dari Negara Jepun yang telah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, yang mana dasarnya masih lagi diteruskan oleh penggantinya iaitu Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Semangat yang jitu, penerapan teknologi yang moden, etika kerja yang tinggi dan sistem pengurusan yang sistematik adalah amat penting diterap dalam setiap individu di negara ini, dalam usaha memacu Wawasan 2020. Hasilnya hubungan erat dengan negara yang berteknologi dan beretika seperti Jepun telah menguntungkan Malaysia pada amnya di dalam era globalisasi ini.

Jepun adalah sebuah negara yang memiliki keupayaan teknologi dan industri yang termaju dan telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang paling maju di peringkat Asia. Walaupun mendapat jolokan 'Harimau Ekonomi Dunia', Jepun telah mengekalkan adat budaya ketimuran yang diwarisi secara turun temurun, sebagai teras dan pemangkin dalam menghadapi dunia luar.

Iltizam dan semangat yang jitu dalam menyahut seruan dan cabaran daripada aspirasi kepimpinan negara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mencadangkan gagasan dan matlamatnya ke arah pengiktirafan sebagai universiti bertaraf dunia (Worl Class University), yang mana mengutamakan pembangunan dan kemajuan teknologi, pendidikan, penyelidikan dan daya intelektual yang tinggi tanpa mengabaikan pembangunan sahsiah dan kendiri graduan-graduannya.

Sehubungan dengan itu, 'Program Delegasi Akademik Dan Kepimpinan Ke Jepun 2008' atau ringkasnya Ikatan '08 merupakan satu cernaan dari Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Dr. Hussain bin Othman dalam mewujudkan Mahasiswa dari UTHM yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat merealisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada pembentukan Modal Insan yang Terbilang di Malaysia.

No comments: