*

Selamat Datang ke Blogspot
Delegasi Akademik & Kepimpinan ke Jepun 2008
(Ikatan '08)

ikatan

Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tuesday, August 12, 2008

ORGANISASI

PENAUNG

NAIB CANSELOR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENASIHAT KEHORMAT
PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN MOHD KASSIM
TIMB. NAIB CANSELOR HEP & ALUMNI (HEPA)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENASIHAT
DR. MUSTAFFA BIN IBRAHIM
PENGETUA
KOLEJ KEDIAMAN TUN DR. ISMAIL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


~SEKRETERIAT PROGRAM~

PENGARAH PROGRAM
MOHD AISAR BIN ABDULLAH
820426-01-6805

TIMBALAN PENGARAH
MOHD ASFAH RIZAL BIN MOHD FAHMI
860114-02-5573

SETIAUSAHA I
TARMIZI BIN RAMLI
870328-11-5303

SETIAUSAHA II
NURUL IZZATI BIN RAHMAT
861029-23-5792

BENDAHARI
MOHAMAD AZRI BIN SAIDIN
840107-09-5073


~EKSEKUTIF PELAKSANA~

EKSEKUTIF PENAJAAN
MOHD RIDZUAN BIN ROMLI
NURUL AINI BINTI AHMAD APANDI
KHAIRUNNISA BINTI KAMARUDDIN


EKSEKUTIF PENGANGKUTAN & PENGINAPAN
MOHD NIZAR BIN ILIAS
AZLIANA BINTI ABU KASSIM

EKSEKUTIF PUBLISITI & DOKUMENTASI
MUHAMMAD HUZAIMI BIN GHAFAR
MOHD NURAZLAN BIN ISMAIL

EKSEKUTIF PROTOKOL & PERASMIAN
AZNIZA BINTI AHMAD
NORNADIRA BINTI MOHD ASARI

EKSEKUTIF PERSEMBAHAN & CENDERAMATA
MUHAMMAD ASHRAF BIN KAMARUDDIN
NORAFIZAH BINTI KAMARUZAMAN

EKSEKUTIF PERALATAN & AKTIVITI
OMAR BIN ABDUL RAHMAN
AZYYATI BINTI OTHMAN


EKSEKUTIF KEBAJIKAN & KESELAMATAN
MOHD SHAH ERWAN BIN MASHOOR
HASNA BINTI TAHIR

EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS
KHAIDIR FADZIR BIN KAMARUDDIN
AWANGKU JULHAIRI

OBJEKTIF PROGRAM

Pihak penganjur telah menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai;
  1. Meletakkan kepimpinan Mahasiswa UTHM pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasrat untuk pembentukan Modal Insan yang mempunyai Kemahiran Insaniah yang mantap.
  2. Menjana Mahasiswa yang lebih beridealisme, berkarisma, proaktif dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global.
  3. Menyahut saranan negara dalam prospek untuk merealisasikan dasar pandang ke timur.
  4. Mewujudkan usahasama Mahasiswa diperingkat antarabangsa antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi di negara maju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk Projek Sarjana Muda dan Latihan Industri Mahasiswa.

LATAR BELAKANG

'Jauh perjalanan luas pengalaman'. Dari peribahasa inilah maka tercetusnya satu inisiatif untuk merealisasikan satu lembaran baru bagi melakukan anjakan paradigma yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Dasar pandang ke timur yang merangkumi pengkajian, penelitian, dan pemilihan terhadap contoh dan teladan yang terbaik dari Negara Jepun yang telah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, yang mana dasarnya masih lagi diteruskan oleh penggantinya iaitu Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Semangat yang jitu, penerapan teknologi yang moden, etika kerja yang tinggi dan sistem pengurusan yang sistematik adalah amat penting diterap dalam setiap individu di negara ini, dalam usaha memacu Wawasan 2020. Hasilnya hubungan erat dengan negara yang berteknologi dan beretika seperti Jepun telah menguntungkan Malaysia pada amnya di dalam era globalisasi ini.

Jepun adalah sebuah negara yang memiliki keupayaan teknologi dan industri yang termaju dan telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang paling maju di peringkat Asia. Walaupun mendapat jolokan 'Harimau Ekonomi Dunia', Jepun telah mengekalkan adat budaya ketimuran yang diwarisi secara turun temurun, sebagai teras dan pemangkin dalam menghadapi dunia luar.

Iltizam dan semangat yang jitu dalam menyahut seruan dan cabaran daripada aspirasi kepimpinan negara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mencadangkan gagasan dan matlamatnya ke arah pengiktirafan sebagai universiti bertaraf dunia (Worl Class University), yang mana mengutamakan pembangunan dan kemajuan teknologi, pendidikan, penyelidikan dan daya intelektual yang tinggi tanpa mengabaikan pembangunan sahsiah dan kendiri graduan-graduannya.

Sehubungan dengan itu, 'Program Delegasi Akademik Dan Kepimpinan Ke Jepun 2008' atau ringkasnya Ikatan '08 merupakan satu cernaan dari Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Dr. Hussain bin Othman dalam mewujudkan Mahasiswa dari UTHM yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat merealisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada pembentukan Modal Insan yang Terbilang di Malaysia.